Tuesday 20 September 2011

ikhlas Kepada Manusia2 yang Lalu disini..

Anda sebenarnya tidak perlu ke blog ini untuk mengintip encik setan..
pada hakikatnya,,Encik Setan suda pon ade disisi anda...ahakzz...

............................................

I WILL NEVER LET U GO..
(tulisan ini ditaip dgn huruf besa adalah untuk mengganggu jiwa kalian shj)

............................................

Blog ini adalah hak milik Encik Setan secara solo..
Ia tidak dikendalikan oleh puak2 setan atau iblis2 yang lain kerana mereka tidak pernah mendaftarkan nama di dlm unit peperiksaan UPSR...
mereka hanya pandai menjerit dan mensergah org..
Suruh menaip memang fail!!! (korg yang taip pakai 1 jari tu jgn terasa)

..........................................

Nama "tetikus berapi" ini panjang ceritanye..
yang pasti,,Encik Setan terpike nama ini kerana mendapati ada percikan api di bawah mouse ketika sedang sibuk menutup tab..
**Sesetengah link di dlm blog ini mengandungi multiple tab yang tidak keterlaluan..

............................................

Blog ini dicipta tanpa tujuan peribadi..
oleh itu,,tiada data sebenar tentang pemilik blog..
Ia tidak bertujuan untuk menceritakan berapa kilo pisang yang Setan makan..
Tidak juga mengandungi update2 terbaru di ladang2 kebun..
Data yang dikemukan adalah rawak tanpa sebab yang munasabah..
Ia lebih kepada luahan otak yang sudah terlalu overload dgn dunia..

....................................

Tiada data copy paste akan dilakukan terhadap blog ini..
Encik Setan tidak akan mengkopi mana2 data yang menarik untuk diisi disini..
Ia kelihatan seperti kanak2 yang baru belajar dragging mouse..
Sekiranya anda mendapati terdapat kandungan yang sama di website lain,,sila hubungi ibu bapa anda dgn segera...
Meraka mungkin dapat membantu anda menenangkan jiwa dgn memberikan cioman kaki di dahi...

.......................................

Fakta2 yang terdapat di dalam ini,,kebanyakannye AUTA je..
jadi,,Encik Setan ingin berpesan kepada mereka yang belum akil baligh supaya tidak menjadikan blog ini sebagai bahan rujukan utama mahupun bahan bacaan sampingan..Ia mampu mempengaruhi kecenderungan pemikiran lalu mengubah personaliti kanak2 yang hingus meleleh dan berambut belah tengah kepada kanak2 bergigi tajam dan berambut terpacak di center kepala...

...........................................

Blog ini tidak diupdate secara harian...
kerana encik Setan adalah seorg yang busy..bukan seperti anda yang sedang klik2 mouse didepan laptop sambil memaki halus di dlm hati..

Sebarang kesalahan tatabahasa dan typing error amat dikesali walaupon encik setan tidak pernah menyesal sama skali..

Sekian terima kasih..

2 comments:

  1. I terpaksa gelang guling2 baca Disclaimer ni.. mak aih.. pecah perut ---> korg yang taip pakai 1 jari tu jgn terasa

    ReplyDelete
  2. wahahahahaha ..... ramai kot taip 1 jari ..

    ReplyDelete