Monday 12 October 2015

Alkisah maka tersebutlah kisah.. Pada saat dan waktu ini.. dikala jam menunjukkan 4:53 pagi.. cam biasa aku yang insomnia ni hanya bertemankan pc.. dan tatkala stalking sana sini maka teringatlah aku akan blog lama ku ini.. tiada lah ape hajat ku melainkan mengisi jiwa yg kosong ini..walaupon sudah seminggu aku demam x baik2, tp xpe.. aku ok.. aku kan gagah.. pahlawan terbilang silang pailang ape lancau lang lang semua ada.. adapon penulisan ini dibuat tanpa tanda wacana yang baik, akan tetapi cukup lah ia sekadar melepaskan sedikit kerinduan untuk membebel di dalam dunia penulisan maya.. adapon encik syaitan yang sekarang agak berbeza dari yang dlu.. yaa..berbeza..
pengalaman hidup mengajar erti kedewasaan. Dari awal waktu aku mencipta 1 watak yang aku rasa sgt cocok.. 2011..4 tahun yang lalu..dan skarang aku merasakan watak itu semakin hilang diluaran.. walaupon dalamanku masih sama.. hmmm...Untuk menjadi baik itu tidaklah mudah.. Segala pengorbanan dan ujian akibat indahnya hidup dalam kegelapan, dan tatkala anda melihat cahaya akan berpaling wajah kalian kerana silaunya...

No comments:

Post a Comment